aku teringat time sekolah dolu-dolu
masa aku darjah 1...
abang mi aku yang hantaq g daftar sekolah
dia tinggal aku kt sekolah gitu2 je
sekolah xjauh dr umah tp 1km mau jugak la
sebab dolu-dolu ayah aku jarang kat umah
sebab dia ada tanggungjawab kt orang lain
aka mak2 tiri aku..
jangan xtaw aku ada mak tiri 2 orang
tu pon nk jadi 3
tapi ayah aku jatuh sakit..jadi tak tercapai lah hasrat itu
muahaha
masa sekolah aku dari darjah 1 sampai darjah 3
aku dok kelas 'C' jek..
tapi aku xkesah pon sbb cikgu aku Cikgu Tajuddin
kalau xsalah aku la
selama 3 tahun jugak dia jadi guru kelas aku
sekarang dia dah 'pergi'...al-Fatihah....
semoga roh beliau di cucuri rahmat
saya sayang cikgu~~
dari darjah 1sampai darjah 3
aku adalah antara top 5 budak2 pandai dalam kelas aku
konon laaaa....hehe
then masa darjah 4
dorang rombak balik student2
aku dapat kelas 'A' bersama2 dengan
Azie, Muni, Fiezah, Kak Ana..*bff until now*
ni geng2 aku dr darjah 2
bila dah masuk darjah 4
aku jd blur..rasa rendah diri
banyak kali jugak la berdiri atas kerusi xhafal sifir
then kena ketuk ketampi..aduiiiiiiii
final exam..drop trus achievement aku
masuk darjah 5 pon sama lagi...
juz sekolah petang aku stil top 5..
tu pon sbb kelas aku xramai budak
hahahaha....
aku suka sekolah petang masa darjah 5
sbb ada ustazah tu sangattttttttt
aku lupa nama
tapi aku igt nama hubby dia - Cikgu Mat
saya sayang cikgu banyak2
masa darjah 5 ni dah gatai dah ckit...aku suka kat cikgu BM aku
kecik2 da gatai kan??
cikgu tu nama dia Cikgu Abdul Jalil
dia mmg hensem..putihh...suka lahhhh
hahahahah~~saya sayang cikgu jugak =)
tapi dia pindah sekolah..terus jd xsyok =(
masa darjah 5 ni..aku pernah dapat no 17 kalau xsilap
still maintain kelas
then darjah 6 dorang rombak lagi skali..nasib baik aku dpt kelas 6A jugak
then masa nak UPSR
pihak sekolah wat group2 supaya senang cikgu nk pantau
aku masuk dalam group G17 means budak2 pandai2 jugak la
hahaha~~
masa darjah 6 ni aku active sukan- bola jaring...kira wakil sekolah la jugak
ada 2-3 orang wakil sekolah aku dapat wakil daerah..aku terpilih sbb aku tinggi
tapi disebabkan sekolah lain yang menjadi juara peringkat sekolah tapi aku dari sekolah lain
maka tugas menghantar aku ke sekolah tersebut untuk berlatih
adalah cikgu bola jaring aku
pergi berlatih 2-3 kali...pastu trus kami digugurkan
im not sure what happen..tapi cikgu tu cakap dia xlarat nk hantar kami pegi balik
so..terkubur macam tu je lah
lagipon dah nk exam..kat sekolah mmg penuh dengan aktiviti sampai malam
cikgu2 trun bergempur denga pelajar
memang aku respek habis la ngn cikgu2 aku ni
memang dorang jugak yang membuatkan kami berjaya menempuhi UPSR dengan cemerlang skali
even though aku juz dapat 3A 1B
BI aku out...huhh
aku ingat aku dah cukup terer dah...hehehe
xpelah..sekurang2nya...aku antara yang cemerlang memandang kami sekolah luar bandar
kalau xsalah aku..lebeih dr 5 orang dapat 4A
yang dalam group aku tu
d rest...semua 3A...
masa kitaorang dapat result tu..semua cikgu senyum2 jek
bangga seh..
sekolah yang di maksudkan adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingat dapat la jejak kaki kat 'high' sekolah tu...tapi di rejek
sbb aku lmbat hantar borang..xdak rezki
time ni ayah aku asek kua masuk spital jek
penyakit 3 serangkai
masa aku dapat result UPSR pon aku p bgtau dia kat wad
Hospital Kangar nun
dia bagi aku RM30
syokkkk wooo
masa darjah 4..aku ada basikal Le Run lagikk
aku sorang je yang bwak gerek tu kat sekolah tu..
hahahaha...bangga
sebenarnya masa aku sekolah rendah ni aku dapat semua yang aku nak
kalau xdak duit
aku mintak kt ayah aku
sanggup tu aku kayuh gerek p umah mak tiri aku kt kodian nun
p amek duit...sebab ayah aku dah xnampak..mata dah selaput
kalau nak balik uma pon amek teksi
kalau abang2 aku xdak
lagi satu ayah aku ni tegas orangnya
dia cakap apa pun aku xberani nak lawan
dan dia menghembuskan nafas yang terakhir
pada 29hb Ogos 1996
masa aku tingkatan 1
Al-Fatihah
untuk arwah mak dan ayah
untuk guru-guru ku jua untuk mereka yang aku sayangi
sebanyak2 TERIMA KASEH BUAT GURU2 YANG MENGAJAR saya
dari tahun 1990-1995
terutamanya cikgu2 yang pernah mengajar kelas 6seroja 95'
yang saya igt :
CIKGU AZHAR -mATH-sebab selalu kena denda..kadang2 jalan itik 1 block..SEBAB tu saya suke math sampai sekrang~
USTAZ AZHARI - pENdidikan Islam - ustaz yang paling BEST EVER!!!
jasa cikgu2 saya kenang sampai mati
xmungkin terbalas......
TERIMA KASIH DAUN KELADI
JASAMU KU KENANG SAMPAI MATI
PSSSTT: next story entry sekolah menengah plak...kalau rajin..jenguk2 la blog ni slalu..meh la share kisah sekolah korang...emel kt angles_9049@yahoo.com